Monday

kakak natrah..u are still adorable!


mama sedang menghitung contraction..
untuk kelahiran adik baby..
actually dah 3 hari dok bukak 2cm je ni..
mama pun musykil dah ni, betul ke dokte check ritu?
kalau stay hospital ni, mau kene seluk tiap hari...
tak sanggup mama..
lebih baik balik rumah dulu..

dan, 
semestinya kakak2 pun semakin aktif berpancaragam..
lagi2 kakak natrah.
tak boleh silap sikit, terus natrah tiarap atas lantai/jalan/mana-mana2 je tempat dia tengah berdiri tu, dan nangis2..
haih...sabo je lah kakak ni...

kecik2 dah jadi kakak ye...
shiaann dia.. ;)

tapi, natrah masih lagi sangat adorable bagi mamapapa..
suara yang masih macam baby..
badan kecik macam baby-tak-besar-besar..
(beza dengan kakak naurah yang cepat tinggi)
suka joget2, sengih2, senyum simpul...saaangat cute!

Putri Natrah Nuwairah.

Banyak ikut sikap mama.
-lasak (masa kecik)-keras kepala-kuat merajuk-berani-tak peduli apa orang kata-ape ke lagi?

Banyak ikut minat mama.
-suka buku-suka amik gambar-suka menulis-suka menyanyi-suka ukur2-suka jahit (kot)-ape ke lagi....

Membesarkan natrah sangat2 menguji kesabaran mama..
Tapi, natrah juga lah penghibur dalam rumah ni dan sangat murah dengan senyum2 simpul nya... 




LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com

Wednesday

TENTANG DIA.

kakak putri baru nak belajar guna perkataan 'dia'.
sekarang ni, bile kakak bercerita, kakak akan guna 'dia'..

bila mama tanya, siapa dia?

"dia tu adik lahhh" sambil tunjuk adik kat sebelah.

lain kali, bile kakak bercerita lagi tentang dia,
mama tanya lagi, siapa dia?

"dia tu mama lah!" sambil tunjuk mama...

:)

ni gambar dolu2..
sekarang ni, dah besar dah kakak..
nak sekolah dah..
sob sob je tengok gambar kakak masa kecik2 dulu...
entah la..
rasa rindu kakak masa kecik2 dulu..







LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com

Thursday

[QURANIC LAW OF ATTRACTION] ~ HUKUM TARIKAN BERDASARKAN AL-QURAN. [PART 1]

Apakah maksud HUKUM TARIKAN?
~ semua perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran, sama ada positif atau negatif, akan datang kepada kita.


Adakah HUKUM TARIKAN ini benar2 wujud?
~ Allah berfirman: 
"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah di JELAJAHI, maka JELAJAHI LAH di segala penjuru dan MAKANLAH SEBAHAGIAN DARIPADA REZEKINYA.Dan hanya kepadaNYa lah kamu (kembali selepas) di bangkitkan" surah al-Mulk:15.

Apa kaitan HUKUM TARIKAN dengan ayat al-quran di atas?
~ "Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah di JELAJAHI"
✔ Allah mulakan dengan ayat yang positif. 
✔ Allah yakinkan kita yang hidup ini mudah.
✔ kita tak perlu fikir mengenai kesusahan hidup. 
✔ kita mesti yakin hidup ni mudah sepertimana janji Allah.
~ "JELAJAHI LAH !"
✔ Allah 'perintah'kan kita berusaha dengan penuh semangat dan gembira (dengan yakini yang hidup ini mudah)
✔ apabila kita jalani hidup ini dengan gembira dan positif, bermakna kita membenarkan KELIMPAHAN REZEKI dalam hidup kita. ~ ini lah namanya HUKUM TARIKAN.
selepas kita berusaha sedaya upaya, Allah tutup dengan ayat ini,
~ "Dan hanya kepadaNYa lah kamu (kembali selepas) di bangkitkan"
✔ pasrah atau berserah kepada nya selepas berusaha bersungguh2.
✔ apabila kita pasrah, kita semakin yakin bahawa kita akan mendapat banyak rezeki dalam hidup.
>>> Semuanya jelas termaktub di dalam al-quran, kitab pegangan kita, bahawa HUKUM TARIKAN itu adalah nikmat kurniaan dari Allah, satu cara untuk kita peroleh apa yang kita hajati di dunia ini.
Allah sendiri yang janji, kita tak perlu ragui lagi..

jadi sebagai hamba Nya,
kita hanya PERLU 
 YAKIN
 BERFIKIRAN POSITIF
 GIGIH BERUSAHA dan 
 BERSERAH PADA ALLAH.

Percaya lah, DIa akan terus memberi rezeki kita dalam bisnes shaklee ini jika kita berpegang pada 4 perkara tadi.
Apabila tibanya masa nanti, kita pasti mendapat NIKMAT KEKAYAAN dan menjadi LEBIH BAHAGIA dengan kekayaan itu.


sumber: buku quranic law of attraction

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com

Monday

National Conference Shaklee 2014

Alhamdulillah..
kali ni, mama dapat 6 awards..
:)
last time pegi dapat 1 award je..tu pun dah happy sangat2..
kali ni, bukan je dapat 6 awards, 
tapi dapat jugak pakej 3 hari 2 malam di Sunway Resort and Spa Hotel.
syukur...
pakej ni fully sponsored by shaklee tau..
ada aktiviti dalam sunway lagoon juge..
mama dapat 3 tiket..
1 untuk mama, 1 untuk papa dan 1 lagi mama bagi atuk.


siapa tak suka benda free, ye tak?
lagi2 kalau dapat 5 star punye pakej...
emm.... :)

National Conference Shaklee kali ni berlangsung selama 2 hari.
papa pun teruja sama..
mama tau.... ;)


So..just enjoy the photos ya...
:)
------
barang2 free dari shaklee..



---

putri2 bermesra dengan nenek atuk..








---

mama papa di hari kejadian..





---
bersama keluarga besar shaklee mama..




---
Dinner ~ The Glitter Nite ~

Actually, conference ni berlangsung pada hari anniversary mamapapa..
jadinya, mamapapa anggap ni anniversary mamapapa..hihi..

kakak n adik tak boleh bawak..
kene lah tinggal dengan atuk nenek.
banyak kali mama bagitau kakak, kakak cakap okey.
tapi bile hari kejadian, kakak nangis2 pulak.
tambah, kakak sakit2 perut pulak petang tu.
asyik muntah2.
serba salah mamapapa nak pegi dinner tu.
tapi kami pergi juga.
mama tahu nenek boleh jaga kakak dengan baik..
:)




---
bersama2 keluarga shaklee mama.
tak banyak gambar sebab ramai yang balik awal.
mamapapa pun rushing nak balik awal juge sebab kakak tak sihat..


---

award2 yang mamapapa dapat.
:)



---
edited gambar mamapapa je....
love this picture soooo much!
:)


---
Alhamdulillah..berakhir sudah event yang di tunggu2 setiap tahun.

National Conference ini adalah event untuk semua SID yang telah bersusah payah, berpenat lelah, dan macam2 lagi dugaan yang kami tempuhi sepanjang menjalankan bisnes kami.
Rasa hilang semua tu setelah dapat jejakkan kaki ke event ini bersama2 suami, anak2 dan family.
Rasa hilang semua tu setelah jejakkan kaki menaiki tangga stage untuk amik award bersama suami dan anak2.
Rasa hilang semua tu setelah melihat seorang demi seorang anak2 bisnes turut sama naik pentas amik awards.
Hilang semua lelah...

Sungguh, 
saya rasa bertuah kerana di pilih Allah untuk terjebak dalam bisnes ini.
sungguhpun bisnes ini bukan menjual makanan sunnah..
sungguhpun bisnes ini bukan semuanya tergolong dalam golongan orang2 yang alim,
tapi bisnes ini suci dan murni setelah di terajui oleh PM Shareeza, the founder of JUTAWAN.
lebih separuh dari mereka yang hadir semalam adalah muslimin dan muslimat..
orang2 islam semakin menerajui bisnes ini dan awardees jugak lebih ramai orang islam yang berdiri atas pentas.
syukur Alhamdulillah.... :)

ramai antara kami adalah ibu2 yang meninggalkan kerjaya-ofis-hour-yang-perlu-keluar-rumah-tinggalkan-anak2-dan-suami dan kini menjadi IBU2 YANG BEKERJAYA DARI RUMAH, YANG DAPAT BERI SEPENUH PERHATIAN KEPADA KEPERLUAN SUAMI DAN ANAK2.
bagi saya, ITU LAH KERJAYA TERHEBAT SEORANG ISTERI DAN IBU.

Syukur Ya Allah...
Bisnes ini adalah anugerah terindah untuk saya dari Allah kerana melalui bisnes ini Allah tunaikan satu persatu impian saya...
impian2 suami saya...
impian2 anak2 saya...
impian2 mak ayah saya...
impian2 adik beradik saya...
impian2 anak2 bisnes saya dan seluruh organisasi mereka...
BUKAN IMPIAN SAYA SEORANG, TAPI IMPIAN SEMUA ORANG!
Syukran Ya Allah...
Segala puji hanya layak bagi Mu..

*tearss*



LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com

BISNES SHAKLEE

Personal Coaching: Seni Buat Duit Dengan Bisnes Shaklee Yang Mampu Memberikan Pulangan Sehingga 6 Angka Sebulan

Saya bersedia untuk membimbing anda secara peribadi dan berkongsi tips, amalan dan ilmu  untuk anda membina perniagaan Shaklee di internet dengan cara yang paling mudah & menguntungkan dengan wang permulaan serendah RM65!

-------

Baizura Bahar
Founder, Superiority Matahariku.



My Great Web page

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...